Thursday, 25 August 2016

Moving .

Assalamualaikum dan hyee .

Banyak betul benda berlaku baru baru ni . Baru je habis ni ha last paper yakni subjek feberet pelajar kat Malaysia, Fizik . Rakyat negara ni memang suka buat eksperimen , langgar lampu isyarat lah, tak bagi signal lah . Tu semua mengada nak test perpindahan momentum antara kereta dengan kereta ,motor dengan motor , basikal dengan motor(ya aku ada pengalaman itu uhukk). Hang zaman sekolah dulu cikgu serik ajak buat eksperimen sebab budak budak ni hobi pi pecah kan test tube , curi kertas litmus . Then balik rumah celup dalam kopi bapak . Si bapak pun teruja , nanti ada lah tu yang ambil gambar letak kat fesibuk , caption ‘ anak saya bakal saintis #ajaib #warnatukar #celupje #sainstiswannabe #nigenetikbapakokayy ‘ dan berjela lah caption yang tak tersengaja riak .

Aku biasanya kalau exam month memang sibuk gila . Dengan ada budak dari kelas lain suruh ajar addmath lah bio lah kimia lah fizik lah . Tu tak kira lagi classmates, memang berjerawat lah aku bulan ni , stress . Bukan tu je tau , berat pun naik 5kg , LAGI STRESS !

Banyak ragam ‘murid’ aku jumpa . Tapi yang common lah kan , aku paling tak suka bila ada pelajar yang suruh ajar tapi dia tak datang ‘kelas’ aku . Setakat ni baru 2 orang . Bukan apa lah kan , bahan aku yang sediakan tu duit aku , nasib aku boleh recycle kertas tu bungkus nasi lemak ke , bungkus kau ke , ye kau , ha yang tak datang tu !
Diorang ni biasalah kan umur sebaya , ada juga form 5 sorang suruh ajar addmath tapi sekali je lah . hahaha asal aku baru nak terangkan definisi konsep je , dia dah “Tau tak tadi kat kelas kita cikgu A pandang Murid B , tapi Murid C yang mengada dengan.. Cikgu A dah lah dah kahwin lepas tu.. “

Amek kau .

Aku yang mulanya patut terangkan topic , aku pula yang suruh dia terangkan detail seterusnya . Sensasi kau jahh .

Tu okay lagi .Ni ada yang aku marah sikit , nada tegas sikit , dah nangis . Selalunya math yang aku tegas sikit sebab tu "main subject" aku . Aku suka sebenarnya bila budak budak ni cari aku , sebab aku teringat satu pegangan seorang imam , dia kata murid yang kena cari cikgu , bukan cikgu yang cari murid . terharu ok terharu . Dan atas faktor ni lah aku makin lama makin ‘neutral’ , means aku boleh ngam dengan semua orang . jujur , aku classist , aku tak suka kelas belakang , budak agas dan sebagainya . Tapi sekarang aku dah ada ramai kenalan yang kelas hujung , gagal math , gagal addmath , gagal bm , gagal sejarah dan ah.. semput .

Although aku baru je face satu situasi dimana aku putus harapan , hancur , broken hearted , jealousy , starving , dying , moved on .

But .
Orang-orang ini lah , orang disekeliling aku ini lah , yang buat aku rasa masih diperlukan kat bumi ni . Hidup aku masih ada maksud . Aku tahu aku ada agama , aku ada family but iman aku turun naik dan sometimes aku tak nampak ‘jalan’ tersebut sebab aku tak nampak secara fizikal di depan mata . Manusia kadang-kadang akan buat satu mistake yang bodoh dan aku dah melepasi fasa tersebut . You know , sometimes mistake is something that teach us to grow even bigger . Aku berani kan diri untuk berubah, personality aku totally changed .Dari kurang cakap , aku dah banyak cakap sebab aku rasa pendam sesuatu adalah perbuatan orang yang lemah . Aku tak nak jadi lemah , aku nak kuat . Aku nak ni , aku cakap . Aku tak puas hati , aku face to face dengan orang tu . Aku ignore orang yang negatif yang tak bawa apa apa faedah kat dalam hidup aku . Mereka ini parasite , aku dulunya memang tak puas hati dan tak selesa dengan deskmates aku . Diorang selalu cakap aku pembelot , backstabber bila aku dapat markah tinggi .Diorang tak suka tengok orang lain lagi tinggi daripada dia .

 ‘why?kenapa korang macam ni  ? kita kan kawan ? Tak bangga ke ada kawan yang berjaya ?’
aku bermonolog dalam diam.
“Dah lama kau tak bawa bekal .Kau kan orang gaji kitorang” , mereka bergurau .
Aku ketawa .
Tapi aku nangis dalam diam bila aku berfikir sejenak ; Kalau lah mak aku dengar , apa perasaan dia bila tahu anak dia kena label orang gaji ? Dan makanan yang diorang makan adalah dari hasil titik peluh mak aku .
Aku nangis lagi .
Tetapi bodoh , aku boleh nangis dalam diam , tapi aku bukan orang yang reti duduk diam.

Aku belajar , aku pindah tempat paling hadapan dekat dengan cikgu. Aku tinggalkan para ‘parasite’ aku . Aku mula berkawan dengan budak budak nerd yang selalu dihina oleh para ‘parasite’ . Aku percaya aku kena berdamping dengan orang berilmu . Tiap kali aku tak faham , aku pergi depan , aku suruh kawan ajar , aku cari cikgu . Dari situ aku dapat tengok betapa kontra nya hubungan parasitisme dengan hubungan mutualisme.
Kawan baru aku , kenalan aku . Kita sama sama untung
Aku mengajar dia , dia mengajar aku .
Aku ajar subjek duniawi , mereka ajar aku erti keikhlasan dalam nilai persahabatan .

Aku realise kalau taman tak akan cantik kalau ‘bunga’ hanya sejenis , aku tak akan improve kalau hanya berkawan dengan orang yang sama taraf dengan aku .

Kalau lah aku seorang pelari pecut , aku lah paling laju dalam sekolah tu .
Tapi kalau aku cuma bersaing  dengan pelari peringkat sekolah sahaja , sampai bila bila lah aku ‘paling laju DALAM SEKOLAH’ .

Kalau lah aku seorang tukang masak, aku lah tukang masak paling handal dalam negeri Johor.
Tapi kalau aku cuma bersaing dengan tukang masak di dalam negeri itu sahaja , sampai bila bila aku hanya ‘paling handal DALAM NEGERI JOHOR’

Aku dah sedar dan aku keluar .
Aku keluar untuk kembangkan lagi pemahaman aku .
Aku cari tanah yang lagi luas untuk aku tanam pelbagai ‘bunga’
Dan aku menarik para lebah untuk mereka singgah .
Mereka hasilkan madu .
Dan itu hasil aku .
Apa yang aku beri aku dapat .

Even topic yang tak berapa nak faham pun , aku akan tetap ajar .
Dan aku makin faham , makin faham dan makin faham .

Aku pun dah mula berfikir.
Nope .
Bukan , bukan sekolah je .
Bukan , bukan sebab exam je aku belajar .
Bukan , bukan sekadar fakta dalam buku .
Bukan , bukan sekadar hafal .

Ini ilmu .

Aku ada kawan yang aku kawan sejak form 2 , dia pelajar top 1 .
Nak dijadikan cerita aku tak rapat dengan dia sampai lah satu hari , 2015, aku mula kenal dengan dia lebih mendalam sebab dia ialah deskmate aku .
Start masa tu , dia ialah pesaing aku secara rasmi .
Konsep pesaing ni bukan kita mesti musuhi , dengki , jeles apa semua . Kau kena kawan dengan pesaing kau . Percaya lah , kalau kau nak jadi yang terbaik , kawan lah dengan orang yang terbaik kat tempat kau . Sebab , kau akan jadi salah satu antara mereka yang terbaik . Bak kata Hitler , “ kenali musuh kau “ . Kalau kau tak kenal pesaing kau , macam mana kau nak ‘kalah’kan diorang ? betul tak .

Pesaing ni bagi aku adalah kau letak satu orang sebagai titik maksimum yang kau dapat capai pada jangka masa pendek . Means, pesaing kena tukar tukar .

Tapi disebabkan kawan aku tu dah 3 tahun top 1 , jadi haha memang tak tukar lah .

Tahun ni , peperiksaan pertengahan tahun aku dapat markah addmath paling tinggi whole form 4 , dan markah subjek lain pun lebih kurang sama .

Yey , aku dah ‘keluar’ .

Aku pun jumpalah cikgu addmath aku ,
aku cakap ,aku target 100% untuk addmath ujian ni .
Dia senyum , aku suka bila dia senyum sebab dia rasa benda tu mustahil .
Aku suka perasaan tercabar . tanpa cikgu sedar , cikgu lah pesaing baru aku .

‘aku nak sama taraf dengan cikgu shahrol’ aku bermonolog .
‘lepas ni aku nak sama taraf dengan cikgu munsyi pula lah’
‘and then bio , aku nak sama taraf dengan cikgu Anisah’
Bermonolog dengan tamak haha .
Tapi satu je , benda yang mustahil .

aku tak boleh capai setaraf
dengan tuhan aku , 
Al-Alim .

jumpa lagi , bye ! Assalamualaikum  .

-Atiqah Nur



p/s : Kakak – kakak aku dah lama tak post , busy lah tu haha .

Sunday, 10 July 2016

Stranger to be

Assalamualaikum ,

Hari ni aku ada mood nak publish post pasal cerita aku sendiri di sini . Mungkin sebab suasana sunyi dah datang balik after abang , kakak kakak dah balik ke institusi masing-masing . Walaupun kerja rumah yang sepatutnya dibuat di rumah bukan pada waktu perhimpunan ketika pngetua , Tuan Hj Supiandi berucap (( yes , dia berucap boleh siapkan satu karangan *true story* )) TELAH MEMANGGIL , aku tetap dengan egonya masih mengukuhkan punggung di atas kerusi dihadapan kekasih komputer ku . Masih setia , bukan macam si Dia CEHHHHHHH .

Baiklah , bukan soal cinta aku nak cakap .Itu topik remaja tak matang yang masih terhegeh hegeh mengejar LIFE GOALSnya yang diikuti di media sosial Instagram . poyo .

Baru baru ni aku ditegur oleh seorang kawan aku ni , dia salah seorang ahli study group aku dahulu , tahun lepas , masa kitaorang berusaha sama-sama untuk pt3 . Aku boleh describe dia as average student , means , need a lot effort kalau nak faham suatu konsep matematik . Itu biasa , cuma dia hebat dalam berimaginasi untuk mengarang satu karangan , itu juga biasa . Kenapa biasa ? Sebab itu kawan aku . Kalau kawan kau kentut depan kau , itu biasa . Cuba kalau orang lain kentut depan kau , itu tak faham bahasa namanya . bagi kaki je .

Dia pindah ke sekolah teknik tahun ni , dia bercerita kalau dia stress , depressed sebab ada masalah .

Masalah yang aku juga pernah face dulu masa form 2 ;

Tak ada kawan .

Ketika dahulu , aku duduk berseorangan di belakang kelas . Satu meja , berhampiran dengan bakul sampah . Betul lah tu , PALING BELAKANG . Classmates aku semua ada group meja sendiri terdiri dalam 4 ahli dan 2 ahli . Mungkin mereka kekok atau tak biasa atau mungkin aku gemuk .

Jadi aku tak jadikan itu sebagai alasan untuk aku duduk dalam ranking PALING BELAKANG selepas result keluar after examination . Aku tak kisah wahai manusia , tak kisah apa apa environment pun yang treat kau macam tahi atau treat kau macam kau tak pernah wujud . Biarkan , kau sekali sekala kena jadi tamak untuk kebaikan diri kau sendiri . Oleh itu , struggle .

Aku ingat lagi , aku pernah tak tidur satu hari semata-mata nak study . Aku nak disebut-sebut di Depan , walaupun aku di Belakang . Aku dapat top 10 hah kauu padan muka .

Masa tu aku kejam lah , tapi sekarang dah insaf HAHAHAH

Dan yes , situasi di mana di pulaukan tu lah sedang dialami oleh kawan aku sorang ni . Dia nak balik ke sini katanya , ke sekolah lama , where she belongs . Dia kata dia rindu study group , dia rindu geng . Dia rindu kawan kawan dulu yang sama sama gelak bila dengar lawak dia .
walaupun diulang banyak kali . (( Tak pe lah , aku gelakkan untuk kau ❤ ))


Aku kata , baliklah .
Tapi aku lupa nak kata kalau benda tak akan sama .

After result pt3 keluar , keputusan kitaorang varies . Sorang straight As, sorang 9A , sorang 8A dan lain-lain . That's why , kitorang berterabur , kelas dah lain lain . And OF COURSE , kawan pun dah lain lain . Jalan sebelah sebelah pun tak tegur , tak senyum . Paling teruk kalau dia lupa nama .

Ah sedih

Tapi sebenarnya tak pelik pun , itulah manusia . Sebab tu ada pasangan suami isteri duduk berjauhan , si suami minta izin nak kahwin lagi satu yang dekat kat tempat dia . Dah minta izin tu aku rasa dah cukup bagus dah tu .

humans need ummm satu aura kasih sayang yang dekat dengan dia , positif aura .

haha merepeklah duh , konsep tu untuk orang dah kahwin je . weh ,satu sekolah kot , macam mana boleh lupa ? Orang macam ni lah aku labelkan sebagai orang lupa diri , selfish .

Tapi disebabkan senario macam ni lah lebih mematangkan kita , kalau kawan kita tu sebenarnya stranger to be . Jangan bergantung sangat dengan manusia , bergantung dengan tuhan kan bagus .

Ni bukan bermakna kau kena jadi introvert !

Introvert definisi nya lain , dia tak bergaul dengan orang . Itu salah . Hidup kau akan lebih susah kalau kau introvert, nak beli ikan kat pasar pun malu malu nak hulurkan duit . Cemana tu ?

Apa yang aku nak sampaikan ni , jangan put high hope on a person yang kau fikir mereka akan stick dengan kau , teman kau . Kena berdikari , be matured .

Sebab kawan yang stranger to be ni ramai , yang take you for granted lah kiranya . Dah dapat apa yang dia nak , dia bla , buat buat tak kenal kau .

HAHA TAPI

Macam aku kata , itu biasa .

aku pun pernah buat .
kita kan manusia , sekali sekala kena tamak untuk kebaikan diri sendiri . betul ?

((contohnya kau tiba tiba baik dengan budak kelas sebelah semata mata nak tahu topik apa yang keluar nanti exam ))

ok bye , see you !! Assalamualaikum

-Atiqah Nur

Monday, 18 January 2016

Flashback

Hey , Assalamualaikum

Finaly , daku post juga something kat blog ni . Sebab si Tiqah sibuk dok paksa-paksa suruh post something .

Okey , by the way lepas habis SPM aku sebenarnya tak buat apa-apa pun . Just duduk rumah , kemas rumah , makan , main internet , tidur . Tak kerja part time and so on . Lesen kereta pun tak ambil lagi sebenarnya . Fuhh , apa nak jadi ? Tu je lah rutin sehari-hari . Hehe .

Dan dan , bila duduk rumah dan tak tahu nak buat apa , aku teringat moment-moment time masih sekolah dulu . Best sangat . Aku rasa form 5 is the best form and 2015 is the best year cuz banyak sangat memori yang best time 2015 tu .

Aku still ingat lagi biasanya aku dengan kembar selalu balik lambat sebab mak ambik lambat. Haha . Dan tempat yang selalu jadi tempat tunggu mak adalah kantin dan Balai Iqra' . Kantin jadi tempat yang selalu kitorang tunggu mak sebab kat situ boleh makan , boleh belajar dan boleh tidur kalau ngantuk sangat . Ahh~ I miss those moments .

Dan ada time kitorang tengah study BI , baca idioms bagai tu , then my sislukis komik sebab katanya bosan . Haha .

             


Actually , time tunggu mak sampai tu memang lama sangat . Sebab biasanya mak sampai ambil kitorang dalam pukul tiga atau lima gitu . Dan kalau mak kata
Okey , jap lagi mak ambil pukul 3 nanti"

Tapi.. kitorang biasanya kena tunggu lagi 30 minit sebab time tu mak still kat sekolah baru nak pack barang , baru nak start kan enjin kereta . Dan finally , mak pun sampai dalam pukul 3.30 gitu .

Dan kalau time menunggu mak , kitorang dah bosan gitu , mulalah mata ni nak tutup , nak tidur . Tapi biasanya kalau my sisi ngantuk dia sukaa sangat lukis komik .

Dan kadang-kadang komik yang dia lukis tu relate  dengan kehidupan kitorang macam ..




Okey , maybe tu je lah kot yang aku nak taip . Till then , Bye. Assalamualaikum .

Sincerely , Nabilah Ncg .

Wednesday, 13 January 2016

MY REALLY REALLY HONEST REVIEW : Good Virtues Co. glowing & goodness brightning night cream .


Assalamualaikum & hyeeeee

Ssup how are you ? Is it your first month of 2016 is going smooth or naahhh ? Human always make mistake , don't feel guilty and feel down , fix it and move on ! This is my second week being a senior (( lol not really a senior , but form 4 can also lah tumpang gelaran senior )) , at the first time i dapat sandang satu jawatan in my club , math club after 3 years tak ambil port dalam hal koko macam ni . Tahun ni baru sedar kalau next year is my last year , that's mean i'm getting older and  of course kehidupan  in U ! how to get accepted in a good u ? have a good kokorikulum marks ! Baru terasa nak approach cikgu cikgu nak balun jawatan pengawas pula , even tho all these years i never been so peramah dengan orang kat sekolah . But yeah , macam tak biasa pula hipokrit untuk kebaikan diri sendiri . nak contoh ? ok  jangan lupa tengok tv masa hangat nak PRU :D 

Anyway , today i'll review my good virtues co. night cream . This is our local brand , and a muslim product . Pada para akak-akak di luar sana yang selalu syak wasangka pasal ingredients dekat produk dalam kedai tu , this is for you ! This brand have a halal certification tau .So you guys don't need to worry , it's halal .

I've been using it for about 3 weeks , i bought it for about RM20 at Watson .
Apa yang membuatkan aku TERRRRbeli produk ni sebab packeging dia comel kecik warna warni pink biru lepastu siap pump pula tu . Senang tinggal pump je , no need to picit picit hahah


Their highlight in the ingredients are Organic black seed oil , Hyaluronic acid and Vit E that they claim can reduce dark spots , make skin more bright/fair and prevent from sign of aging 


 I am dissapointed a lil bit when i saw "fragrance" in the list . 
why why whyyy , u guys put pewangi dalam produk yang used to merawat kulit . Our focus is merawat , and  i know a lot of brand ada . but i just weird and always asking whyyy .
this night cream is superbly wangiiii .


But , the real story is , based on my experience using this ..

It's not work on my skin . 
I slightly have break out , my face start ada jerawat 

At the first time im using this , my skin is 'ok' . Lepas bangun kulit rasa moist . Consistency cream dia macam watery sikit lepas sapu kat kulit , means krim dia ringan dan tak berat atau pekat .


All i can say is , produk ni bagus untuk moisturising your skin , no no for treatment i guess .. 
Frankly speaking , as for me ,
aku tak suka sebab dia wangi sangat (( malam nak tidur bukan nak pergi jalan huhu )) , so i feel it did nothing on my face other that moisturising it . 
aku tak suka juga sebab dia take time untuk kering , "lembab" sangat nak serap ke dalam kulit .

Repurchase ? tak . 
Tak sesuai untuk kulit aku yang berminyak ni , sebab tu dia tumbuh jerawat macam cendawan tumbuh lepas hujan huhuh sadisnyaaa . Bekas jerawat pun duk masih berkampung , ada pula tambah jerawat fresh lagi huhu

Tapi...

DIFERENT PEOPLE , DIFFERENT SKIN , RESULT MAY BE VARY 

you guys can try it out , sebab dia superb dalam melembabkan , especially untuk dry skin i think ? affordable pun affordable .


although after this case , aku tak ada bad feeling on this brand . Their shampoo is great ! i love it . it smells soo good, it works so well . rambut pun rasa lembut lepas guna dan harga pun  murah wehh .

haha okay , i've to stop typing .
see u guys later , thank you .

Sincerely ,
Atiqah Nur .