Sunday, 10 July 2016

Stranger to be

Assalamualaikum ,

Hari ni aku ada mood nak publish post pasal cerita aku sendiri di sini . Mungkin sebab suasana sunyi dah datang balik after abang , kakak kakak dah balik ke institusi masing-masing . Walaupun kerja rumah yang sepatutnya dibuat di rumah bukan pada waktu perhimpunan ketika pngetua , Tuan Hj Supiandi berucap (( yes , dia berucap boleh siapkan satu karangan *true story* )) TELAH MEMANGGIL , aku tetap dengan egonya masih mengukuhkan punggung di atas kerusi dihadapan kekasih komputer ku . Masih setia , bukan macam si Dia CEHHHHHHH .

Baiklah , bukan soal cinta aku nak cakap .Itu topik remaja tak matang yang masih terhegeh hegeh mengejar LIFE GOALSnya yang diikuti di media sosial Instagram . poyo .

Baru baru ni aku ditegur oleh seorang kawan aku ni , dia salah seorang ahli study group aku dahulu , tahun lepas , masa kitaorang berusaha sama-sama untuk pt3 . Aku boleh describe dia as average student , means , need a lot effort kalau nak faham suatu konsep matematik . Itu biasa , cuma dia hebat dalam berimaginasi untuk mengarang satu karangan , itu juga biasa . Kenapa biasa ? Sebab itu kawan aku . Kalau kawan kau kentut depan kau , itu biasa . Cuba kalau orang lain kentut depan kau , itu tak faham bahasa namanya . bagi kaki je .

Dia pindah ke sekolah teknik tahun ni , dia bercerita kalau dia stress , depressed sebab ada masalah .

Masalah yang aku juga pernah face dulu masa form 2 ;

Tak ada kawan .

Ketika dahulu , aku duduk berseorangan di belakang kelas . Satu meja , berhampiran dengan bakul sampah . Betul lah tu , PALING BELAKANG . Classmates aku semua ada group meja sendiri terdiri dalam 4 ahli dan 2 ahli . Mungkin mereka kekok atau tak biasa atau mungkin aku gemuk .

Jadi aku tak jadikan itu sebagai alasan untuk aku duduk dalam ranking PALING BELAKANG selepas result keluar after examination . Aku tak kisah wahai manusia , tak kisah apa apa environment pun yang treat kau macam tahi atau treat kau macam kau tak pernah wujud . Biarkan , kau sekali sekala kena jadi tamak untuk kebaikan diri kau sendiri . Oleh itu , struggle .

Aku ingat lagi , aku pernah tak tidur satu hari semata-mata nak study . Aku nak disebut-sebut di Depan , walaupun aku di Belakang . Aku dapat top 10 hah kauu padan muka .

Masa tu aku kejam lah , tapi sekarang dah insaf HAHAHAH

Dan yes , situasi di mana di pulaukan tu lah sedang dialami oleh kawan aku sorang ni . Dia nak balik ke sini katanya , ke sekolah lama , where she belongs . Dia kata dia rindu study group , dia rindu geng . Dia rindu kawan kawan dulu yang sama sama gelak bila dengar lawak dia .
walaupun diulang banyak kali . (( Tak pe lah , aku gelakkan untuk kau ❤ ))


Aku kata , baliklah .
Tapi aku lupa nak kata kalau benda tak akan sama .

After result pt3 keluar , keputusan kitaorang varies . Sorang straight As, sorang 9A , sorang 8A dan lain-lain . That's why , kitorang berterabur , kelas dah lain lain . And OF COURSE , kawan pun dah lain lain . Jalan sebelah sebelah pun tak tegur , tak senyum . Paling teruk kalau dia lupa nama .

Ah sedih

Tapi sebenarnya tak pelik pun , itulah manusia . Sebab tu ada pasangan suami isteri duduk berjauhan , si suami minta izin nak kahwin lagi satu yang dekat kat tempat dia . Dah minta izin tu aku rasa dah cukup bagus dah tu .

humans need ummm satu aura kasih sayang yang dekat dengan dia , positif aura .

haha merepeklah duh , konsep tu untuk orang dah kahwin je . weh ,satu sekolah kot , macam mana boleh lupa ? Orang macam ni lah aku labelkan sebagai orang lupa diri , selfish .

Tapi disebabkan senario macam ni lah lebih mematangkan kita , kalau kawan kita tu sebenarnya stranger to be . Jangan bergantung sangat dengan manusia , bergantung dengan tuhan kan bagus .

Ni bukan bermakna kau kena jadi introvert !

Introvert definisi nya lain , dia tak bergaul dengan orang . Itu salah . Hidup kau akan lebih susah kalau kau introvert, nak beli ikan kat pasar pun malu malu nak hulurkan duit . Cemana tu ?

Apa yang aku nak sampaikan ni , jangan put high hope on a person yang kau fikir mereka akan stick dengan kau , teman kau . Kena berdikari , be matured .

Sebab kawan yang stranger to be ni ramai , yang take you for granted lah kiranya . Dah dapat apa yang dia nak , dia bla , buat buat tak kenal kau .

HAHA TAPI

Macam aku kata , itu biasa .

aku pun pernah buat .
kita kan manusia , sekali sekala kena tamak untuk kebaikan diri sendiri . betul ?

((contohnya kau tiba tiba baik dengan budak kelas sebelah semata mata nak tahu topik apa yang keluar nanti exam ))

ok bye , see you !! Assalamualaikum

-Atiqah Nur