Thursday, 25 August 2016

Moving .

Assalamualaikum dan hyee .

Banyak betul benda berlaku baru baru ni . Baru je habis ni ha last paper yakni subjek feberet pelajar kat Malaysia, Fizik . Rakyat negara ni memang suka buat eksperimen , langgar lampu isyarat lah, tak bagi signal lah . Tu semua mengada nak test perpindahan momentum antara kereta dengan kereta ,motor dengan motor , basikal dengan motor(ya aku ada pengalaman itu uhukk). Hang zaman sekolah dulu cikgu serik ajak buat eksperimen sebab budak budak ni hobi pi pecah kan test tube , curi kertas litmus . Then balik rumah celup dalam kopi bapak . Si bapak pun teruja , nanti ada lah tu yang ambil gambar letak kat fesibuk , caption ‘ anak saya bakal saintis #ajaib #warnatukar #celupje #sainstiswannabe #nigenetikbapakokayy ‘ dan berjela lah caption yang tak tersengaja riak .

Aku biasanya kalau exam month memang sibuk gila . Dengan ada budak dari kelas lain suruh ajar addmath lah bio lah kimia lah fizik lah . Tu tak kira lagi classmates, memang berjerawat lah aku bulan ni , stress . Bukan tu je tau , berat pun naik 5kg , LAGI STRESS !

Banyak ragam ‘murid’ aku jumpa . Tapi yang common lah kan , aku paling tak suka bila ada pelajar yang suruh ajar tapi dia tak datang ‘kelas’ aku . Setakat ni baru 2 orang . Bukan apa lah kan , bahan aku yang sediakan tu duit aku , nasib aku boleh recycle kertas tu bungkus nasi lemak ke , bungkus kau ke , ye kau , ha yang tak datang tu !
Diorang ni biasalah kan umur sebaya , ada juga form 5 sorang suruh ajar addmath tapi sekali je lah . hahaha asal aku baru nak terangkan definisi konsep je , dia dah “Tau tak tadi kat kelas kita cikgu A pandang Murid B , tapi Murid C yang mengada dengan.. Cikgu A dah lah dah kahwin lepas tu.. “

Amek kau .

Aku yang mulanya patut terangkan topic , aku pula yang suruh dia terangkan detail seterusnya . Sensasi kau jahh .

Tu okay lagi .Ni ada yang aku marah sikit , nada tegas sikit , dah nangis . Selalunya math yang aku tegas sikit sebab tu "main subject" aku . Aku suka sebenarnya bila budak budak ni cari aku , sebab aku teringat satu pegangan seorang imam , dia kata murid yang kena cari cikgu , bukan cikgu yang cari murid . terharu ok terharu . Dan atas faktor ni lah aku makin lama makin ‘neutral’ , means aku boleh ngam dengan semua orang . jujur , aku classist , aku tak suka kelas belakang , budak agas dan sebagainya . Tapi sekarang aku dah ada ramai kenalan yang kelas hujung , gagal math , gagal addmath , gagal bm , gagal sejarah dan ah.. semput .

Although aku baru je face satu situasi dimana aku putus harapan , hancur , broken hearted , jealousy , starving , dying , moved on .

But .
Orang-orang ini lah , orang disekeliling aku ini lah , yang buat aku rasa masih diperlukan kat bumi ni . Hidup aku masih ada maksud . Aku tahu aku ada agama , aku ada family but iman aku turun naik dan sometimes aku tak nampak ‘jalan’ tersebut sebab aku tak nampak secara fizikal di depan mata . Manusia kadang-kadang akan buat satu mistake yang bodoh dan aku dah melepasi fasa tersebut . You know , sometimes mistake is something that teach us to grow even bigger . Aku berani kan diri untuk berubah, personality aku totally changed .Dari kurang cakap , aku dah banyak cakap sebab aku rasa pendam sesuatu adalah perbuatan orang yang lemah . Aku tak nak jadi lemah , aku nak kuat . Aku nak ni , aku cakap . Aku tak puas hati , aku face to face dengan orang tu . Aku ignore orang yang negatif yang tak bawa apa apa faedah kat dalam hidup aku . Mereka ini parasite , aku dulunya memang tak puas hati dan tak selesa dengan deskmates aku . Diorang selalu cakap aku pembelot , backstabber bila aku dapat markah tinggi .Diorang tak suka tengok orang lain lagi tinggi daripada dia .

 ‘why?kenapa korang macam ni  ? kita kan kawan ? Tak bangga ke ada kawan yang berjaya ?’
aku bermonolog dalam diam.
“Dah lama kau tak bawa bekal .Kau kan orang gaji kitorang” , mereka bergurau .
Aku ketawa .
Tapi aku nangis dalam diam bila aku berfikir sejenak ; Kalau lah mak aku dengar , apa perasaan dia bila tahu anak dia kena label orang gaji ? Dan makanan yang diorang makan adalah dari hasil titik peluh mak aku .
Aku nangis lagi .
Tetapi bodoh , aku boleh nangis dalam diam , tapi aku bukan orang yang reti duduk diam.

Aku belajar , aku pindah tempat paling hadapan dekat dengan cikgu. Aku tinggalkan para ‘parasite’ aku . Aku mula berkawan dengan budak budak nerd yang selalu dihina oleh para ‘parasite’ . Aku percaya aku kena berdamping dengan orang berilmu . Tiap kali aku tak faham , aku pergi depan , aku suruh kawan ajar , aku cari cikgu . Dari situ aku dapat tengok betapa kontra nya hubungan parasitisme dengan hubungan mutualisme.
Kawan baru aku , kenalan aku . Kita sama sama untung
Aku mengajar dia , dia mengajar aku .
Aku ajar subjek duniawi , mereka ajar aku erti keikhlasan dalam nilai persahabatan .

Aku realise kalau taman tak akan cantik kalau ‘bunga’ hanya sejenis , aku tak akan improve kalau hanya berkawan dengan orang yang sama taraf dengan aku .

Kalau lah aku seorang pelari pecut , aku lah paling laju dalam sekolah tu .
Tapi kalau aku cuma bersaing  dengan pelari peringkat sekolah sahaja , sampai bila bila lah aku ‘paling laju DALAM SEKOLAH’ .

Kalau lah aku seorang tukang masak, aku lah tukang masak paling handal dalam negeri Johor.
Tapi kalau aku cuma bersaing dengan tukang masak di dalam negeri itu sahaja , sampai bila bila aku hanya ‘paling handal DALAM NEGERI JOHOR’

Aku dah sedar dan aku keluar .
Aku keluar untuk kembangkan lagi pemahaman aku .
Aku cari tanah yang lagi luas untuk aku tanam pelbagai ‘bunga’
Dan aku menarik para lebah untuk mereka singgah .
Mereka hasilkan madu .
Dan itu hasil aku .
Apa yang aku beri aku dapat .

Even topic yang tak berapa nak faham pun , aku akan tetap ajar .
Dan aku makin faham , makin faham dan makin faham .

Aku pun dah mula berfikir.
Nope .
Bukan , bukan sekolah je .
Bukan , bukan sebab exam je aku belajar .
Bukan , bukan sekadar fakta dalam buku .
Bukan , bukan sekadar hafal .

Ini ilmu .

Aku ada kawan yang aku kawan sejak form 2 , dia pelajar top 1 .
Nak dijadikan cerita aku tak rapat dengan dia sampai lah satu hari , 2015, aku mula kenal dengan dia lebih mendalam sebab dia ialah deskmate aku .
Start masa tu , dia ialah pesaing aku secara rasmi .
Konsep pesaing ni bukan kita mesti musuhi , dengki , jeles apa semua . Kau kena kawan dengan pesaing kau . Percaya lah , kalau kau nak jadi yang terbaik , kawan lah dengan orang yang terbaik kat tempat kau . Sebab , kau akan jadi salah satu antara mereka yang terbaik . Bak kata Hitler , “ kenali musuh kau “ . Kalau kau tak kenal pesaing kau , macam mana kau nak ‘kalah’kan diorang ? betul tak .

Pesaing ni bagi aku adalah kau letak satu orang sebagai titik maksimum yang kau dapat capai pada jangka masa pendek . Means, pesaing kena tukar tukar .

Tapi disebabkan kawan aku tu dah 3 tahun top 1 , jadi haha memang tak tukar lah .

Tahun ni , peperiksaan pertengahan tahun aku dapat markah addmath paling tinggi whole form 4 , dan markah subjek lain pun lebih kurang sama .

Yey , aku dah ‘keluar’ .

Aku pun jumpalah cikgu addmath aku ,
aku cakap ,aku target 100% untuk addmath ujian ni .
Dia senyum , aku suka bila dia senyum sebab dia rasa benda tu mustahil .
Aku suka perasaan tercabar . tanpa cikgu sedar , cikgu lah pesaing baru aku .

‘aku nak sama taraf dengan cikgu shahrol’ aku bermonolog .
‘lepas ni aku nak sama taraf dengan cikgu munsyi pula lah’
‘and then bio , aku nak sama taraf dengan cikgu Anisah’
Bermonolog dengan tamak haha .
Tapi satu je , benda yang mustahil .

aku tak boleh capai setaraf
dengan tuhan aku , 
Al-Alim .

jumpa lagi , bye ! Assalamualaikum  .

-Atiqah Nur



p/s : Kakak – kakak aku dah lama tak post , busy lah tu haha .